What’s Hot

Berita Palsu Kematian Mr Os Tersebar, Hanya Jalani Pembedahan


Sumber Berita Harian
KUALA LUMPUR, 26 MAC 2015: Nampaknya semakin hari semakin banyak penyalahgunaan media sosial berlaku di negara kita. Rata-ratanya khabar bersifat negative yang mungkin menyinggung hati dan perasaan sesetengah pihak.
Terbaru, berita palsu tentang kematian pelawak era 80-an, Mr Os  atau nama sebenarnya Mohd Yusof Abdul Hamid telah tersebar petang semalam.

Tidak tahu punca penyebaran berita palsu tersebut, akhbar Berita Harian telah mengambil inisiatif untuk menghubungi sendiri keluarga pelawak berkenaan dan nyata ianya adalah satu lagi khabar angin.
Menerusi laporan Berita Harian, pelawak veteran berusia 54 tahun itu baru sahaja selesai dirawat selama lapan hari di Hospital Selayang selepas menjalani pembedahan tonsil. Dia kini telah dibenarkan pulang pada Sabtu lalu.
Menceritakan tentang penyakitnya, dia sebenarnya tidak sakit tekak namun ada pendarahan tanpa henti pada tekaknya kerana kesan ubat khas untuk jantung yang diambil. Setelah diperiksa doktor, Mr Os telah dinasihatkan supaya menjalani pembedahan.
Bekas juara Maharaja Lawak Mega menerusi kumpulan Osbon itu berkata dia tidak menghebohkan perkara dia dirawat di hospital kerana tidak mahu dianggap menagih simpati, malah keadaan mungkin menjadi seperti menabur pasir di periuk nasi sendiri.
Bagi Os, jika ada yang simpati, dia minta agar mereka mendoakan kesihatannya, tetapi tidak mahu ada yang salah anggap kerana dia masih lagi kuat untuk mencari rezeki.



0 comments:

Post a Comment