Insiden itu bermula apabila pasangan dari Changsha, wilayah Hunan, selatan China mencari tempat untuk memadu kasih. Akhirnya, mereka parking diruang tempat letak kereta di atas bumbung bangunan yang lengang.
Setelah parking, mereka pun bermesraan. Enjin kereta sengaja mereka hidupkan agar udara sejuk dan segar dapat mereka rasakan sepertinya menyewa di hotel. Ketika sedang asyik bermesraan, entah kerana tersenggol, tombol sudah berpindah ke gear mundur.
Beruntung, kereta belum jatuh. Sedangkan kalau melihat keadaannya, situasi itu sangat mengerikan. Sebab setengah badan kereta sudah tergantung. Sedar akan hal tersebut, siperempuan histeria ketakutan dan menjerit dari dalam kereta.
Dan untungnya lagi, jeritan itu didengar oleh orang lain. Beberapa orang membantu pasangan ini keluar dari kereta. “Mereka sangat malu tapi bersyukur masih boleh hidup,” ungkap seorang saksi.
0 comments:
Post a Comment