Salam kepada semua pembaca. Secara jujurnya, amat jarang sekali bagi OMM! untuk menulis artikel terutama pada lewat malam begini, Akan tetapi, bila OMM! mendapat gambar dari perkongsian rakan media OMM! sebentar tadi, hati OMM! terasa amat marah sekali seperti teringin hendah menghempok kepala insan yang mulia (si pengupload status) dengan bucu Macbook OMM!
Apa yang dikongsikan oleh rakan media OMM! ialah status yang dimuatnaik oleh salah seorang krew Kelab MYVI Pembunuh dan status itu amat lejen sekali. Bagi OMM! memang ajal maut ditangan Allah SWT, tuhan sekalian alam, tuhan yang maha pemurah lagi maha penyanyang. Kerana ketika di luh mahfuz lagi, Allah SWT telah menetapkan tiga perkara kepada setiap hambanya iaitu, 1) kematian, 2) jodoh dan 3) rezeki (sila betulkan OMM! kalau silap) dan kita sebagai orang Islam yang berpegang pada ajaran Al-Quran dan Hadis serta Sunnah junjungan Rasulullah SAW diwajibkan untuk mempercayai rukun Islam yang keenam iaitu kepercayaan kepada Qada dan Qadar.
Kewajipan beriman kepada Qada dan Qadar
Beriman kepada Qada dan Qadar bererti yakin bahawa segala sesuatu yang berlaku adalah ketetapan Allah SWT. Umat Islam akan menerima setiap ketetapan Allah SWT dengan keredaan selepas berusaha dengan bersungguh-sungguh. Dalam sebuah hadis Qudsi, Allah SWT berfirman,
“Sesiapa yang tidak reda dengan Qada-Ku dan Qadar-Ku serta tidak tabah terhadap ujian yang aku berikan, maka carilah Tuhan selain Aku”.
(Dilaporkan daripada Tabrani)
Disebabkan oleh tindakan kawan-kawan anda, dah seperti yang ditekankan oleh insan budiman ini, kedua-dua anak arwah telah secara rasmi dan automatiknya telah menjadi anak yatim piatu.
0 comments:
Post a Comment