Kantoi!! Patutlah Pecah Panggung,Ini Rupanya Kontroversi Sebenar Disebalik Kejayaan Filem Polis Evo...
Reviewed by Unknown
on
09:06
Rating: 5
09:06
Kantoi!! Patutlah Pecah Panggung,Ini Rupanya Kontroversi Sebenar Disebalik Kejayaan Filem Polis Evo...
#$FILEM aksi terhebat tahun ini, Polis Evo masih rancak ditayangkan di pawagam. Filem arahan Ghaz Abu Bakar yang menggandingkan dua bintang tersohor, Zizan Razak dan Shaheizy Sam ini berjaya meraih kutipan lebih RM8 juta sejak ditayangkan pada 17 September lalu.
Namun di sebalik kejayaan kutipan itu, pelakon utamanya, Shaheizy Sam mendedahkan, dia pernah dikritik apabila tampil berbaju T dengan logo Polis Evo ketika menghadiri majlis anugerah Festival Filem Malaysia ke-27 (FFM27), baru-baru ini.
Dan tindakan itu dikatakan tidak menghormati majlis kerana tidak berpakaian formal seperti mana artis lain.
Punya pendirian tersendiri, Sam menegaskan, tindakannya itu dirasakan berbaloi setelah mengetahui sambutan penonton terhadap filem itu amat menggalakkan.
Jelas Sam, dari awal lagi, tujuannya memakai baju T tersebut adalah semata-mata untuk mempromosikan filem tersebut.
"Memang ada beberapa pihak yang menegur saya ketika itu. Tapi sebenarnya itulah salah satu pengorbanan yang saya lakukan di mana orang ramai tidak nampak. Mereka hanya nampak saya berkorban dari segi fizikal sahaja seperti kuruskan badan.
"Saya sanggup dikatakan tidak menghormati majlis asalkan saya masih yakin dan mahu beri sokongan terhadap filem kita yang masih bagus," katanya ketika ditemui pada majlis prebiu filem Rembat, baru-baru ini.
Kembali bergandingan bersama Zizan menerusi filem terbaharunya itu, Sam juga dilihat serasi di samping Aniu, pelakon tempatan yang cukup terkenal di Taiwan.
"Walaupun itu pertama kali berlakon dengannya (Aniu), namun saya terimanya seperti seorang sahabat yang telah lama kenal.
"Dalam lakonan juga saya tidak mahu memilih bulu. Saya sedia menerima sesiapa sahaja untuk berlakon bersama. Malah, tidak mahu mencipta jurang kerana hanya akan mencacatkan lakonan saya.
“Sebab itu, saya sering dilihat serasi apabila berlakon dengan sesiapa sahaja, baik dengan pelakon wanita ketika membawakan watak sebagai kekasih atau sahabat yang berlainan kaum," katanya.-sinarharian
0 comments:
Post a Comment