Alhamdulillah..Umur 3 Tahun Sudah Hafal 15 Surah, Ibu Dedah Teknik Ajar Anak Kecilnya Untuk Mudah Hafal Al Quran
Reviewed by Unknown
on
23:22
Rating: 5
23:22
Alhamdulillah..Umur 3 Tahun Sudah Hafal 15 Surah, Ibu Dedah Teknik Ajar Anak Kecilnya Untuk Mudah Hafal Al Quran
Untuk ibu-ibu hebat, kawan-kawan yang dikasihi sekalian. InsyaAllah di post ini, sebagaimana permintaan sahabat-sahabat berkaitan post lepas, saya akan share sedikit sebanyak apa yang saya praktikkan di rumah bersama-sama anak-anak, Thoriq dan Fateh di rumah.
Untuk pengetahuan, Ahmad Thoriq berumur 3tahun 8bulan, dan Ahmad Fateh berumur 1tahun 4bulan. Intensif pengajaran dan hafazan lebih khusus kepada Thoriq yang hanya mula bercakap sekitar December 2015 yang lepas. Sehingga kini belum pun petah dan masih pelat. Pun begitu, Thoriq hampir menghafaz 15 surah. Alhamdulillah biiznillah. Ahmad Fateh pula lebih kepada pengenalan dan pengecaman huruf-huruf hijaiyah.
Mengenai Thoriq khususnya, ada yang pm dan call bertanya "bila Tim start ajar Thoriq?". "Susah tak Tim nak start?". "Macam mana nak buat untuk anak participate?". "Anak kan kecil lagi dan tak faham pun lagi?". "Tak awal sangat ke Tim?".
____________________________________________________
Ini MOTIVASI saya.
"Sebaik-baik kalian adalah yang mempelajari al-Quran dan mengajarnya" - HR Bukhari, Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah.
"Barangsiapa yang menyibukkan diri dengan al-Quran kerana mengingatiKu dan meminta kepadaKu, nescaya Aku berikan selebih-lebih baik daripada semua orang yng meminta kepadaKu. Dan kebaikan Kalam Allah itu ke atas semua kalam seperti kelebihan Allah ke atas semua makhlukNya" - HR Tirmidzi.
"Bacalah Al-Quran, kerana Al-Quran akan datang pada hari kiamat nanti sebagai syafi' (pemberi syafa'at) bagi yang membacanya" -HR Muslim.
_____________________________________________________
Banyak sekali manfaat belajar Al-Quran yang disebutkan oleh Nabi di dalam hadith, tidak terhitung.
Bahasa paling mudah, saya jadi CEMBURU, SENTAP dan TERPESONA.
Tidakkah beruntungnya seorang ibu tatkala anaknya beroleh kefahaman al-Quran di tangannya?
Tidakkan beruntung seorang ibu bilamana anaknya membaca al-Fatihah di seluruh kehidupannya di dalam solatnya hasil didikan sang ibu? Tidakkah beruntung ibu yang melahirkan anak-anak pencinta al-Quran yang kemudiannya berusaha memahami ayatnya dan mengajari yang lain untuk mengagungkan Tuhannya?
CASH CREDIT ke akaun sang ibu. Ya, ini motivasi saya.
Saya cemburu pada ustaz/ustazah kalau merekalah yang mendapat cash credit ini. Saya mahu masuk dalam golongan orang yang mengajarkan al-Quran ini. Yang terdekat adalah anak-anak sebagai murid saya. Ini yang saya dengar dan mula-mula belajar dari Puan @Lina Karim Islamic Parenting Network sekitar Sept.2012 yang lalu. Antara seminar awal yang saya hadiri.
Sebelum dapat Thoriq lagi, saya berminat untuk mengajar anak seawal mungkin, tapi hilang sumber di mana nak mula? Saya dah terbakar nak mula, tapi tak tahu perkara mula yang perlu dibuat? Pusing-pusing akhirnya back to square one.
Berbekalkan MOTIVASI ini, saya terus buat saja. Sedikit-demi-sedikit, berterusan. Ya, BERTERUSAN dan ISTIQAMAH di sini key factor bagi sang ibu. Dengan apa yang saya lalui bersama Thoriq sejak lahirnya 2012, sekarang prosesnya lebih mudah dan cepat. Jadi rujukan sendiri untuk Fateh dan anak-anak yang seterusnya, insyaAllah.
TEKNIK YANG KAMI PRAKTIKKAN DI RUMAH:
1. Dedahkan bacaan al-Quran bagi anak
2. Pengulangan ayat sebanyak dan sekerap mungkin
3. Tasmi' ayat -- ini sudah masuk bab testing memori anak. Ada beberapa kaedah yang boleh Ibu buat untuk bantu kuatkan dan sekaligus menguji memori si anak
-tunjukkan visual ayat
-betulkan sebutan
-pengulangan tanpa urutan ayat
-chunking words
-penceritaan mengenai surah dan ayat
4. Ulang step 2 dan 3 secara berterusan dan kreatif dalam aplikasikan pengulangan surah untuk galakkan anak participate.
Ini rumusan yang boleh saya simpulkan berdasarkan apa yang kami lakukan di rumah, bukan sekadar bercakap semata-mata. Saya detailkan target hafalan anak saya dengan jadual dan target surah. Sila rujuk gambar di bawah.
Alhamdulillah. Sebenarnya teknik ini sangat mudah ibu-ibu sekalian.
_____________________________________________________
Mari saya detailkan.
FASA 1: SEMAIAN MINAT ANAK
STEP-1: Saya mula dengan mengajak suami ke Court Mammoth untuk BELIKAN CD/DVD/USB PLAYER di rumah. Di situ seninya isteri untuk bagi hint kepada suami, inilah yang kita akan buat untuk anak-anak kita. Inilah projek akhirat kita. Nak bagi ada role suami. Nak bagi ada creditnya suami dalam menjayakan pendidikan al-Quran di rumah, walaupun pada hakikatnya akan banyak sang Ibu yang bergelut sendiri. 😅
STEP-2: Saya mula PASANG BACAAN al-Quran di rumah dengan selection hanya pada juzuk30. Tapi saya terfikir sendiri banyaknya. Berat la pula. Jadi saya groupkan kumpulan surah-surah di dalam juzuk 30. Akhirnya saya buka 24hours nonstop 10 surah pendek yang saya targetkan dahulu di rumah. Sampaikan kadang-kadang 'menerima' teguran sentap dari suami, sampai bila ni nak buka? Mmm..saya terfikir sendiri. Thoriq baru berumur sekitar 4-6 bulan ketika itu.
STEP-3: Saya mula jadikan RUMAH SEBAGAI TADIKA. Tak kira rumah di KL atau rumah sewa di Johor ketika itu, seluruh rumah kami ditransform menjadi sebuah tadika. Lekat di sana sini huruf hijaiyah, itu biasa. Ini bagi mencambahkan minat Thoriq dengan huruf-huruf al-Quran. Bagusnya peranan printer Epson saya menjadi saham akhirat kami. Rumah di seluruh corok di bilik-bilik, cabinet dapur, hatta di depan toilet dilekatkan dengan huruf hijaiyah dan du'a-du'a untuk Thoriq tengok dan pegang. Perangai ni saya bawa sampai ke Jepun masa suami ditukarkan ke sana untuk setahun. Thoriq sudah berumur 1tahun 8bulan ketika ini. Inilah juga yang saya amalkan kini bagi Fateh.
STEP-4: Saya mula BUAT KIT. Segala macam kit saya mula buat ketika ini. Ada juga terlari sekejap fokus pendidikan al-Quran Thoriq, bukan setakat hijaiyah, abc, math, pengelasan nama-nama haiwan dan benda mula saya buat dalam bentuk kit. Handy dan mudah kerana ketika ini kami banyak travelling dengan flight dan bas.
_________________________________________________
FASA 2: ANAK MULA KELUARKAN HASIL
STEP-5: Selesai urusan di Jepun dan Johor, saya kembali ke rumah kami di KL. Saya mulakan kembali PEMASANGAN PLAYER bacaan al-Quran 24hours nonstop. Sampai kadang-kadang saya terganggu kerana saya belajar dan menulis thesis di malam hari. Ada ketikanya di sini saya mula culas dengan diri, saya on-off kan bacaan untuk kepentingan sendiri. Pada masa yang sama, saya masih berusaha mencari kaedah yang bersesuaian dengan Thoriq sesuai dengan umurnya yang menghampiri 3tahun lebih ketika ini.
STEP-6: Akhirnya, sekitar September 2015 yang lepas saya mula gantikan player dengan saya SENDIRI BACAKAN SURAH-SURAH yang mahu anak hafaz pada setiap malam. Berulang-ulang. Saya nekad surah baru saya akan bacakan bagi anak hampir 10x dalam sehari. Ada ketikanya hampir 5x pada satu-satu masa, khususnya ketika slot tidur malam. Bayangkan betapa anak saya harus mendengar saya membaca dan betapa saya gigih membacakan walaupun anak ajak bersembang benda-benda lain. Pun begitu, anak tetap tekun mendengar ketika ini kerana dia sudah biasa mendengar di ruang rumah di sepanjang hari ketika bermain. WALLAHI, proses pengajaran ketika ini menjadi sangat mudah dan cepat. Thoriq juga ketika ini sudah mula humming words dalam ayat yang didengarnya dengan bahasa pelatnya.
STEP-7: Guna ALAT BANTU MENGAJAR. Sekitar Januari lepas, Allah memudahkan usaha saya dengan menemukan saya dengan ibu-ibu hebat yang telah jauh ke hadapan. Alhamdulillah. Saya mula mengikuti fb Puan Zaiton Abd Rahman. Saya terapkan kaedah beliau untuk anak istimewanya syamil dalam membuat kit al-Quran yang handy dan visual untuk Thoriq. Saya juga adaptasi penggunaan player di rumah dengan iQuran Apps di dalam smartphone.
Lebih handy dan trendy di dalam kereta ketika travelling bersama. Sekitar Mac yang lepas, Allah bantu dengan menemukan saya pula dengan Puan Siti Aminah Anakku Alhafiz untuk enhance imaginasi anak menggunakan kaedah penceritaaan. Ini, saya masih dalam proses belajar secara intensif.
Pun begitu, saya teruskan saja buat dengan melukis gambar binatang yang ada di dalam al-Quran, khususnya dalam Juzuk30. Saya juga menggunakn siri zaky and friends dalam memasukkan unsur penceritaan. Ada lebih kurang 5-6 surah yng diceritakan secara graphic dalam bentuk video yang menarik. Tidak lama selepas itu, saya berjumpa dengan radio mini al-Quran, yang kini menjadi alternatif untuk Thoriq membuat ulangkaji bacaannya. Sama ada melalui HS saya, player di rumah ketika bermain atau radio mini ketika tidur malam.
Pun begitu, bacaan saya tetap menjadi request Thoriq untuk tasmi' sebelum tidur malam.
STEP-8: APLIKASIKAN KREATIVITI untuk terus menggalakkan anak participate dalam proses hafalan dan pembacaan. Ini perlu usaha-sama suami dan ahli keluarga terdekat. Saya mula pelbagaikan bacaan tasmi' Thoriq dalam situasi ketika mana Thoriq minta untuk dibukakan movie haiwan kesukaannya, minta makan ais-cream, minta vitamin, nak ke rumah nenek, atau ketika minta untuk dibacakan buku-buku yang dipilihnya di rak library rumah. Saya terus-terang kepada keluarga untuk sama-sama membantu mentasmi' bacaan Thoriq pada ketika mana mereka bersama Thoriq, hatta ketika Thoriq cuba-cuba untuk mengacah mengambil smartphone mak-ayah saudaranya. Alhamdulillah ibu mertua, mak dan k.ipar yang sentiasa bersama seringkali membantu melancarkan bacaan Thoriq.
Beginilah rutin kami seharian di rumah.
_____________________________________________________
Saya tidak terlepas dari amarah, letih dan kecewa dalam mendidik anak mengajarkan al-Quran. Saya masih terus belajar dan mencuba untuk anak. Saya masih mahu termotivasi dan mencabar bagi menjadi guru pertama yang mengajarkan anak-anak saya al-Quran bermula di rumah. Itulah fitrahnya manusia, bila lelah, akan terjatuh. Namun, sesudah jatuh insyaAllah akan terus-terusan menjayakan usahanya. Cukuplah motivasi Allah redha menjadi asbab utama untuk terus menjadikan projek Akhirat ini hidup di dalam kehidupan dan rumah kami, dan kita.
Jika dinilai semula, anak saya baru mendapat beberapa surah sahaja sejak bermula teknik Fasa2 sejak Oktober lepas. Sudah hampir 7 bulan berlalu. Apa yang ingin saya kongsikan di sini lebih kepada sistem yang kami amalkan di rumah. Speed anak berbeza-beza. Ada yang cepat dan ada yang slow.
Bergantung kreatif ibu dan respon si anak. Untuk anak saya, Alhamdulillah nampak sekarang makin berminat, jadi proses menjadi lebih cepat dan mudah. Sekarang anak menghafaz 2-3 surah sekaligus dalam satu-satu masa. Mungkin sudah ada ibu-ibu yang sudah pun bermula dengan anak masing-masing. Tahniah saya ucapkan. Mari kita terus istiqamah. Saya yakin anak-anak menjadi genius dan kreatif dengan dekatnya al-quran di hati mereka.
Apa yang ingin saya tekankan di sini, buat kawan-kawan dan ibu-ibu hebat sekalian. Never too late. Ia terlambat jika tidak dimulakan dari sekarang, sesudah kita diberikan hidayah dan ilmu. Anak-anak kita dan generasi muda sekarang hidup membesar dalam suasana kerosakan yang masuk direct ke dalam rumah kita. Gelas yang tidak diisi sebaiknya, nescaya akan dipenuhi juga. Begitu juga, anak-anak kita yang dilahirkan dengan segala potensi yang ada padanya, jika tidak diisi dan digilap, PASTI akan ada yang menggilapkan bakatnya oleh yang lain.
Post ini bukan bertujuan meraih populariti kerana banyaknya bilangan surah hfalan anak. Ia bukan satu perbandingan atau perlumbaaan anak siapakah yang lebih baik, banyak atau bagus bacaannya. Sebab kita tak akan mampu tahu masa depan anak-anak kita.
Tapi kita mampu berusaha dan berikhtiar. Saya pernah terjumpa ibu yang anaknya sudah menghafaz hampir lebih 25surah juzuk30 walaupun baru berumur 2tahun lebih. Begitu juga anak puan lina karim dan puan siti aminah yang mampu menghafazsurah2 panjang seawal usia. Anak buah sedang berusaha menghafaz juzuk 28 di kala umurnya kini baru 7 tahun. Kita pulangkan natijah semula kepada Allah. Mari kita tekankan usaha kita ini sebagai Projek Akhirat kita bermula di rumah.
Akhir kata, saya suka untuk membawakan kata-kata Yusuf Qardhawi sebagai motivasi terusan buat semua. Sungguhlah, "Ibu adalah Rabbatul bait", yakni pengurus dan pengatur kepada rumahtangga dalam segala segi. Adalah FARDHU bagi ibu tersebut untuk menjalankan tugasnya mendidik dan mengasuh anak-anak di bawah jagaannya dengan segala daya dan potensi yang ada. Dan fardhu di sini membawa maksud wajib ke atas sang Ibu.
Makanya, sama-samalah kita usahakan, moga kita mampu melahirkan anak-anak pencinta al-Quran. Bukan setakat menghafaz, kita perlu naik ke level seterusnya yaitu faham dan amal juga. Satu hajat saya, jika post ini berguna, inshaAllah pohon panjangkan. Ingatlah, "Life without al-Quran, has no Light" dalam kehidupan kita sehari-harian. Moga Allah membantu kita semua ibu-ibu Malaysia dalam melahirkan generasi cintakan al-Quran.
Moga post ini bermanfaat buat kawan-kawan yang bertanya dan pm saya. Moga ia juga bermanfaat buat ibu-ibu yang masih mencari arah. InsyaAllah.
P/S: Saya belanja beberapa photo yang mungkin berguna untuk dijadikan rujukan.
Moga Allah redha,
Fatimah Mohamad Adi
16hb Mei 2016
- Siakapkeli.my
0 comments:
Post a Comment