Kejamnya..."Sampai Hati Kau Santau 'Housemate' Kau Sendiri Sampai Dia Mati''
Reviewed by Unknown
on
06:02
Rating: 5
06:02
Kejamnya..."Sampai Hati Kau Santau 'Housemate' Kau Sendiri Sampai Dia Mati''
Kemudian saya kata dekat dia nanti saya cuba tolong ikhtiar apa yang patut. Imah bersetuju.
Then pada hari yang dijanjikan dengan Imah, saya pergi melawat Imah dekat rumahnya dengan bertemankan lecturer dan kawan-kawan, kami masuk ke dalam bilik Imah.
Imah tinggal dengan seorang kawan namanya Ina. Sewaktu saya melangkah masuk ke bilik Imah saya ada bau sesuatu yang kurang menyenangkan, bau macam bangkai. Kemudian saya tanya kepada lecturer dan kawan-kawan saya ada bau macam saya bau tak, semua kata ada.
Waktu itu saya dah rasa tak sedap hati. Berbekalkan tawakal dalam diri saya mengadap Imah dan cuba untuk scan badannya.
Dimulakan dengan lafaz bismillah saya cuba membaca ayat-ayat ruqyah, waktu itu badan Imah menggeletar kemudian bergoyang ke kekiri dan kekanan. Dengan secara tiba-tiba suara Imah berubah.
“Bakpe mu kacau aku?”
Saya tahu itu bukan suara Imah sebab Imah orang utara. Saya membalas dengan menguatkan lagi bacaan ruqyah. Imah menjerit
''Panas ! Panas ! Diam la kauuu!!!''
Yang ada waktu tu semua jadi diam, keadaan sunyi. Masing2 terkumat kamit baca ayatul kursi. Saya cuba berbicara dengan Imah
“Wahai makhluk yang disebalik tubuh ini, apa mahu mu ? Keluar kau musuh Allah. Keluar dari tubuh anak Adam ini”
Kemudian Imah bersuara,
“Dia milik aku, aku benci semua yang dia buat”
Kemudian saya memberi kata putus kepada makhluk tersebut
“Sama ada kau nak keluar atau kau aku bakar”
Saya teruskan bacaan ruqyah, keadaan masih berterusan hingga beberapa jam. Makhluk dalam badan Imah masih kuat melawan. Saya menguatkan lagi ruqyah sampai satu tahap makhluk ini mengalah.
Imah kemudian muntah, keluar dari tubuhnya serbuk2 kaca, lendir kuning dan rambut. Semua yang ada disitu malam itu melafazkan istighfar dan syukur kerana makhluk itu sudah keluar. Saya terperasan seorang tiada disitu, iaitu Ina teman sebilik Imah.
Keesokannya Imah diberi cuti rehat. Minggu itu berlalu seperti biasa.
Seminggu sebelum Imah pergi mengadap Illahi, Imah ada hantar satu pesanan ringkas kepada aku.
“Imah tau sapa yang buat Imah jadi macam ni, Ina yang buat. Sebab waktu kemas bilik Imah jumpa satu nota ada tulisan jampi serapah dalam jampi tu ada nama Imah. Kemudian waktu sebelum kamu semua datang untuk mengubat Imah, Ina ada cakap dia nak keluar, sebab dia kata dia panas."
Paling Imah terkejut Ina ada kumpul rambut, kuku dengan barang peribadi Imah dalam satu bekas.
Kenapa dia buat Imah macam ni ? Apa salah Imah ? Patut sejak akhir-akhir ni Ina macam kurang rapat dengan Imah dah”
Saya hanya mampu membalas
“Jangan fitnah dia, kita taktahu perkara sebenar”
Lepas beberapa bulan selepas tu, Imah meninggal disebab kompilasi dekat rahim dan buah pinggangnya. Semoga Arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman.
P/s : Zaman sekarang orang lebih suka cara halus untuk menjatuhkan orang lain. Waspada buat perempuan di luar sana. - IIUM Confessions
- Siakapkeli.my
0 comments:
Post a Comment